Isnin, 23 Februari 2015

LAWATAN KETUA PENGARAH JKMM

 
23/2/2015 - Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia YBhg. Dato' Norani bt. Hj Mohd Hashim telah datang membuat sebuah lawatan dan sesi bertemu warga kerja Rumah Seri Kenangan Kangar.

Khamis, 19 Februari 2015

JAMUAN TAHUN BARU CINA

 
19/2/2015 - Sebuah jamuan Tahun Baru Cina telah diadakan di Dewan Makan RSK Kangar, dimana angpau turut diberikan kepada warga emas sebagai tanda kegembiraan kepada mereka tanpa mengira bangsa.

Rabu, 18 Februari 2015

GOTONG-ROYONG KECERIAAN INSTITUSI


 
18/2/2015- Aktiviti Keceriaan Institusi pada tahun ini dimulakan dengan kerja-kerja mengecat kawasan pintu pagar dan tembok hadapan RSK Kangar bagi menyambut kedatangan rombongan lawatan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

LAWATAN PROGRAM KURSUS INTURA

 
17/2/15- Seramai 40 orang peserta  Kursus Pembangunan Sahsiah bersama 5 orang urusetia dari Kampus INTAN Wilayah Utara atau INTURA telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar.