Sabtu, 28 Mac 2015

PROGRAM JALINAN KASIH TAUTAN MESRA

 
28/3/2015 - Seramai 30 orang mahasiswa/mahasiswi dari Sub unit Kepimpinan Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sebuah Program Jalinan Kasih Tautan Mesra bagi meyemai sikap prihatin dan menghargai pengorbanan warga emas kepada masyarakat setempat.

Khamis, 26 Mac 2015

PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK SESI I

 
26/3/2015 - Unit Kaunseling JKMN Perlis telah menganjurkan sebuah Program Kaunseling Kelompok kepada 10 orang penghuni bertempat di Klinik RSK Kangar.

SARINGAN PEMERIKSAAN KULIT


26/3/2015 - 4 orang kakitangan unit Unit Penyakit Berjangkit (CDC), Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah datang ke Klinik RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit Tibi melibatkan 128 orang penghuni yang diseliakan oleh Cik Azwin Idris dan Puan Chitra Magiesparan.

KURSUS PEMANDUAN SELAMAT

 
26/3/2015 - RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Kursus Pemanduan Selamat dengan menjemput pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis untuk memberi taklimat etika pemanduan berhemat, keselamatan lalulintas dan modifikasi kenderaan. Kursus ini bertempat di Terinai Lakeview Resort yang terletak di persisiran Tasik Timah Tasoh.

Isnin, 23 Mac 2015

KULIAH AGAMA BULANAN


23/3/2015 - Biro Agama Islam RSK Kangar menganjurkan kuliah agama bulanan  di bilik mesyuarat RSK Kangar yang dihadiri oleh semua penghuni sihat dan kakitangan bertugas pada hari tersebut.

Sabtu, 21 Mac 2015

KAKITANGAN CEDERA DIRAGUT

 
21/3/2015 - En. Mohd Azmeer Adnan, Pembantu Am RSK Kangar telah mengalami kecederaan dibahu akibat diragut berhadapan CIMB Kangar dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah.

Rabu, 11 Mac 2015

MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG 2014 DI PUTRAJAYA






10/3/2015 – Sebuah majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tahun 2014 telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre, (PICC). Seramai 4 orang kakitangan RSK Kangar iaitu Pn. Nazira Othman, Pn. Nang Nizawati Mohamad, Pn. Norasmayusni Mahmud dan En. Nahairul Nayan telah menerima sijil dan insentif dari YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 645 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diraikan pada majlis tersebut.

Ahad, 8 Mac 2015

PESTA ANGIN TIMUR 2015


6-8/3/2015 - 4 orang kakitangan RSK Kangar telah ditugaskan di booth RSK Kangar sepanjang berlangsungnya Pesta Angin Timur di Sungai Berembang Perlis selama tiga hari. Pelbagai gerai jualan dan pameran dibuka untuk pengunjung. Selain tuberbagai-bagai permainan tradisional dan moden dianjurkan bagi memeriahkan Pesta ini.

PROGRAM PERKONGSIAN PETUA, ILMU DAN PENGALAMAN


7/3/2015 - Sebuah Program Perkongsian Petua, Ilmu dan Pengalaman oleh mahasiswa Pengajian Luar Kampus, Universti Utara Malaysia telah berlangsung di RSK Kangar dengan mengetengahkan motto "Budi Disanjung, Kasih diJunjung".