Sabtu, 25 Julai 2015

POTLUCK HARI RAYA AIDILFITRI UNIT PENTADBIRAN






24/7/2015 - Unit pentadbiran telah menganjurkan jamuan 'potluck' Aidilfitri yang turut memuatkan sesi karaoke lagu-lagu hari raya. Diharapkan penganjuran potluck dapat diteruskan pada setiap tahun dan unit agar memupuk semangat kerjasama antara kakitangan.

Jumaat, 17 Julai 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PENGHUNI





17/7/2015 - Sebuah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni warga emas telah diadakan di Dewan Makan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tuan Penguasa bersama PPM (K) turut meluangkan masa untuk turut sama hadir menjamu selera meraikan hari kemenangan ini.

Selasa, 14 Julai 2015

PROGRAM JEJAK UKHWAH RAMADAN 1436H










14/7/2015 - Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis bersama Jabatan Bendahari dan Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Tekno-usahawan telah menganjurkan sebuah program Jejak Ukhwah Ramadan 1436 di Kompleks Penyanyang Dr Siti Hasmah bagi membantu warga emas dan anak-anak yatim menjalani ibadah puasa dan seterusnya menyambut Edul Fitr.

SUMBANGAN EDUL FITR DATO' DR. HARON DIN




14/7/2015 - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang diwakili Ustaz Hashim Jasin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis telah datang menyalurkan sumbangan duit raya dan juadah berbuka puasa kepada penghuni dan kakitangan RSK Kangar yang sedang bertugas. RSK Kangar adalah sebuah institusi yang memberi ruang kepada setiap komponen masyarakat untuk berbakti dan beramal terutamanya di bulan Ramadan tanpa mengira kaum, pahaman politik dan agama.

Ahad, 12 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PENGUSAHA STESEN MINYAK SHELL


















12/7/2015- Pengusaha stesen minyak Shell Wilayah Utara telah menganjurkan sebuah majlis iftar bersama warga emas dan anak-anak yatim, Kompleks Penyanyang Dr. Siti Hasmah yang bertempat di Dewan Seri Kenangan.

MAJLIS IFTAR KELAB OWN FISHING CREW


11/7/2015 - Kelab Own Fishing Crew, dari Kampung Kota Kayang, Perlis telah menganjurkan sebuah majlis iftar bersama penghuni warga emas dan kakitangan RSK Kangar yang bertempat di Dewan Makan RSK. Ahli-ahli kelab Own Fishing Crew telah hadir menjayakan majlis ini dengan menyumbangkan ikan segar yang dibakar di dataran RSK Kangar. Turut dijemput hadir bersama adalah penghuni anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis. Kelab Own Fishing menganjurkan majlis ini sebagai antara acara tahunan mereka.

Sabtu, 11 Julai 2015

SUMBANGAN DARI PIZZA HUT & KFC


12/7/2015 - KFC Cawangan Kangar telah menyumbangkan 130 kotak snack plate, manakala Pizza Hut Cawangan Kangar pula menyumbangkan 30 kotak pizza kepada warga emas RSK Kangar sebagai juadah berbuka puasa bagi mengimarahkan Ramadan tahun inii seperti yang sering dilakukan pihak tersebut pada setiap tahun. Pihak RSK Kangar mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ingatan dan keperihatinan mereka terhadap warga emas yang disisihkan ini.

IFTAR KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI RSK KANGAR



10/7/2015 - Kelab Kebajikan dan Rekreasi RSK Kangar telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penghuni.