Selasa, 28 Jun 2016

GEMA KASIH @ KEBUDAYAAN

















28/6/2016 - aktiviti menganyam ketupat palas sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh warga emas telah berlangsung dibawah seliaan En. Wan Fazrul dan Ustazah Hafizah sebagai sebuah slot dalam Program Gema Kasih @ Kebudayaan. Kakitangan lain turut membantu dengan membuat hiasan di Dewan Makan.

PROGRAM D'HATI MIKROE




27/6/2016 - Seramai 4 orang kakitangan Universiti Malaysia Perlis, Pusat Pengajian Mekatronik yang telah hadir ke RSK Kangar dan menghulurkan sumbangan kepada warga emas yang berupa barang keperluan harian. Pihak RSK Kangar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ingatan demi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

KULIAH AGAMA BULANAN









27/6/2016 - Biro Agama Islam RSK Kangar menjemput tenaga pengajar dari SMA Maahad Alawiyah Ad-Diniyyah, Arau untuk menyampaikan kuliah dhuha bertajuk "Mencintai al-Quran" di bilik mesyuarat RSK Kangar yang dihadiri oleh semua penghuni sihat dan kakitangan bertugas pada hari tersebut.

Ahad, 26 Jun 2016

RIDE AMAL GABUNGAN BIKERS ISLAM








26/6/2016 - Seramai 24 orang ahli Gabungan Bikers Islam Malaysia telah menganjurkan majlis iftar bersama penghuni Muslim warga emas di Dewan Makan, RSK Kangar. Majlis seterusnya diteruskan dengan solat fardu dan solat sunat tarawikh berjemaah diimamkan oleh ustaz Amir di surau.

Isnin, 20 Jun 2016

IFTAR BERSAMA LEMBAGA PELAWAT RSK





















19/6/2016 - Lembaga Pelawat RSK telah menganjurkan sebuah Majlis berbuka puasa bersama warga emas RSK Kangar dan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis. RSK turut menyediakan Dewan Seri Kenangan sebagai ruang untuk menunaikan solat fardu dan tarawikh bersama.