Selasa, 31 Julai 2012

PROGRAM SINGGAH SAHUR TV3


31/7/2012 - Media Prima telah memilih RSK Kangar untuk program Singgah Sahur TV3 untuk meraikan penghuni warga emas dan tiada waris. Bagi Singgah Sahur 2012 kali ini, program ini menampilkan hos yang terdiri daripada barisan ternama personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Fiza Sabjahan, Nurul Syuhada Nurul Ain, Teh  Syuhada, Zainal Ariffin Ismail, Hazrena Kassim, Noorzahan Rashid, Nor Azzura Azizul, Zakiah Anas, Irin Puteri, Zaim Helmy, Nadia Shahrul, Mzul, Hazlin Hussin, Ahmad Noor Sulaiman dan Nadia Shahrul. 

Lebih menarik, musim ini turut membabitkan produk Mamee sebagai penaja utama dalam membawa pendekatan yang lebih mesra dalam merealisasikan pengalaman bersahur yang begitu ceria dan pastinya mengukir senyuman para penerimanya. Selain daripada kehadiran personaliti TV3, Singgah Sahur 2012 turut diserikan dengan kemunculan selebriti terkenal tanah air dan juga duta kepada jenama Mamee Sllrrp, Shaheizy Sam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan