Selasa, 10 September 2013

MAJLIS PERLEPASAN KE FIESTA SUKAN DAN KESENIAN 2013





10/9/2013- Majlis perlepasan kontijen JKMN Perlis telah diadakan di Dewan Seri Kenangan RSK Kangar. Seramai 15 orang penghuni telah berangkat untuk bertanding dalam berbagai-bagai kategori sukan di Fiesta Sukan dan Kesenian 2013 yang berlangsung di Johor. Fiesta Sukan dan Kesenian Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2013 merupakan satu acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Negeri Johor Darul Ta’azim telah terpilih sebagai negeri pertama untuk menganjurkan Fiesta ini.

Penganjuran Fiesta ini bermatlamat untuk :
  • Menyerlahkan bakat dan kebolehan kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas dalam bidang             sukan  dan kesenian.
  • Untuk menggalakkan dan menanamkan sikap gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti kesenian dan bersukan    dikalangan kumpulan sasar jabatan; dan
  • Memberi peluang kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas memperluas jaringan  sosial melalui interaksi dan asimilasi melalui sukan dan kesenian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan