Ahad, 13 Julai 2014

PERKHEMAHAN IHYA RAMADHAN

 
12/7/2014 - Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah menganjurkan Perkhemahan Ihya Ramadan dan Program Kecemerlangan Murid Peringkat Negeri Perlis yang bertempat di RSK Kangar. Seramai 90 orang peserta dan 30 pegawai pengiring telah berkampung di RSK dengan mengadakan program gotong-royong, ceramah dan amali penyembelihan 2 ekor kambing yang dimasak untuk jamuan iftar bersama penghuni dan solat sunat tarawikh. Turut hadir menyerikan majlis, Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan