Ahad, 24 Ogos 2014

LAWATAN SMK PENGKALAN HULU










23/8/2014 - SMK Pengkalan Hulu Perak telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke negeri Perlis sempena Hari Kokurikulum dan memilih RSK Kangar sebagai salah satu destinasi lawatan. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri dari kaum India, Siam, Cina dan orang Asli telah membuat persembahan nyanyian dan tarian istimewa bagi menghiburkan warga emas. Lawatan ini diseliakan oleh jururawat Pn. Chitra Majeisparan yang merupakan bekas pelajar SMK Pengkalan Hulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan