Ahad, 14 Jun 2015

LAWATAN PUSAT DAKWAH ISLAMIAH ALMUHAMMADI

 
13/6/2015 - Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadi, Kedah telah mengadakan sebuah lawatan amal bagi mendekati warga emas yang tersisih dan tiada waris di RSK Kangar disamping menyalurkan sumbangan untuk kegunaan harian mereka. Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadi adalah sebuah Pusat Dakwah dan Pendidikan Islam yang menyediakan Kursus Kefahaman Islam selama 6 bulan dan lanjutan Kursus Pemantapan Islam selama 6 bulan sepenuh masa untuk saudara baru. Matlamat pusat ini ialah membentuk para saudara baru supaya berada di dalam suasana Islam (Insan Soleh) dan melahirkan fikrah Islamiah bagi mewujudkan bakal pendakwah Islam serta membimbing mengenai kaedah dan tatacara menyebarkan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: 
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH AL-MUHAMMADI
YAYASAN ABU BAKAR
Lot 1702, Kampung Pokok Asam, Jalan Pinang Tunggal,
08600 Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Tel : 04-4380080 Fax : 04-4380153

Tiada ulasan:

Catat Ulasan