Sabtu, 27 Jun 2015

IFTAR BERSAMA LEMBAGA PELAWAT RSK

27/6/2015 - Lembaga Pelawat RSK telah mengadakan Majlis berbuka puasa bersama warga emas RSK. Datin Seri Dato' Hajah Shamsiah binti Md Yassin (Pengerusi Lembaga Pelawat RSK) bersama Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) yang turut hadir pada majlis tersebut menyumbangkan wang saku bagi kegunaan harian penghuni.

MAJLIS PUTRA PALACE BERBUKA BERSAMA PENGHUNI

 
26/6/2015 - Pihak Pengurusan Putra Palace Hotel Sdn Bhd telah menganjurkan majlis iftar bersama penghuni bagi meraikan warga emas yang tersisih dan tiada waris di perkarangan Rumah Seri Kenangan Kangar.

Ahad, 21 Jun 2015

MESYUARAT KELAB KEBAJIKAN RSK KANGAR

 
17/6/2015  - Mesyuarat Kelab Kebajikan dan Rekreasi RSK Kangar yang dipengerusikan, En.Roshidi Rahman buat kali pertama tahun ini telah berlangsung dengan jayanya.

Jumaat, 19 Jun 2015

IFTAR BERSAMA KETUA JABATAN NEGERI PERLIS

 
19/6/2015 - Seramai 20 orang penghuni bersama 10 orang kakitangan pengiring telah dijemput untuk berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan negeri Perlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Selasa, 16 Jun 2015

LAWATAN SK MALAU

 
16/6/2015- Sekolah Kebangsaan Malau, Jitra, Kedah telah mengadakan Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Projek Kewarganegaraan (Sivik) kepada 80 orang pelajar yang bertempat di RSK Kangar. Program ini diseliakan oleh 5 orang guru.

KULIAH IHYA RAMADHAN

 
15/5/2015 - Biro Agama Islam telah menganjurkan kuliah Ihya Ramadhan di bilik mesyuarat RSK Kangar yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Osman yang dijemput dari Ma’had at Tarbiyah al-Islamiyah, atau dikenali sebagai MATRI yang diasaskan pada tahun 1987 oleh Allahyharham Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain.

Isnin, 15 Jun 2015

SAMBUTAN HARI BAPA 2015 PERINGKAT NEGERI PERLIS

 
14/6/2015 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis mengadakan sambutan Hari Bapa 2015 Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Y.B Puan Hajah Rela binti Ahmad, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis. Seramai 200 orang kakitangan LPPKN telah menjayakan sambutan Hari Bapa yang bertujuan menghargai peranan dan tanggungjawab golongan bapa dalam keluarga. Antara tentatif program adalah senamrobik, gotong-royong mengindahkan institusi, mengunting rambut penghuni (dengan kerjasama Renaz Steamboat) dan jamuan makan tengahari.

Ahad, 14 Jun 2015

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ICU



13/6/2015 - Sebuah Program Khidmat Masyarakat (CSR) telah dianjurkan oleh Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri seluruh Malaysia di RSK Kangar yang turut memuatkan upacara menanam pokok Harumanis di tapak edible garden. Sebanyak 10 pokok Harumanis disumbangankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Bukit Temiang.