Rabu, 18 Januari 2017

PROGRAM KAYUHAN ‘MAIPS PEDULI’ DARI TEAM TAYAR GOLEK BERSAMA DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN JAMULULLAIL, T.Y.T PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA MR. RODNEY SMITH

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajudin Jamlullail telah mencemar Duli turun padang bersama-sama T.Y.T Pesuruhjaya Tinggi Australia Mr. Rodney Smith dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dari Team Tayar Golek (TTG) singgah ke RSK Kangar bagi Program Kayuhan "MAIPs Peduli".

Program khidmat masyarakat ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kepedulian dan keperihatinan MAIPs Perlis dan warganya terhadap penghuni RSK serta anak-anak yatim  yang kurang bernasib baik.selain itu juga, program tersebut memberi sumbangan kepada para penghuni serta anak-anak yatim yang terlibat. Program ini menunjukkan keperihatinan MAIPs dalam menjaga kebajikan penduduk di sekitar Perlis. 

Program tersebut dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajudin Jamlullail bersama T.Y.T Pesuruhjaya Tinggi Australia Ke Malaysia Mr Rodney Smith. Pelbagai program yang dijalankan termasuk senaman ringan,aktiviti menanam pokok harum manis sebagai tanda ingatan, melakukan solat secara berjemaah di surau dan sumbangan zakat.

RSK Kangar merasa sangat berbesar hati menerima kunjungan singgah D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajudin JamlullailT.Y.T Pesuruhjaya Tinggi Australia Mr. Rodney Smith dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dari Team Tayar Golek (TTG), terima kasih diucapkan.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan