Sabtu, 17 Ogos 2013

PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG DAN JAMUAN AIDILFITRI








17/8/2013 - Seramai 5 orang kakitangan RSK telah menyertai program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis dan Jamuan Aidilfitri di Stadium Utama Kangar. Menteri Besar, Azlan Man melakukan pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Perlis di Stadium Utama Kangar. Turut hadir bersama-sama rakyat dan mencemar duli, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

"Tema sambutan tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku diharap akan memberi peringatan kepada seluruh rakyat supaya bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran, rasa sayang dan cintakan negara," titah baginda.sumber - © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan