Selasa, 20 Ogos 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT RSK KANGAR




















20/8/2013 - RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Majlis Jamuan Aidilfitri bagi meraikan warga emas yang tiada waris dan disisihkan keluarga. YDP Baidunita, Puan Nor Aswana Bt Omar, Pengarah JKM Negeri Perlis, En. Abdullah Ali dan ahli-ahli lembaga pelawat telah hadir memeriahkan majlis ini disamping kanak-kanak dari Yayasan Anak Yatim, RKK Arau, Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI) Jejawi Perlis, dan penduduk berdekatan.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan dari kontijen nasyid JKMN Perlis dan bacaan al Quran dari wakil qari JKMN Perlis untuk pertandingan tilawah peringkat JKM 2013. Kakitangan yang berbakat dalam bidang nyanyian turut membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu hari raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan