Selasa, 10 Mac 2009

PENGENALAN

Rumah Seri Kenangan Kangar terletak dalam satu Kompleks yang dikenali dengan Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah yang mana jaraknya lebih kurang 6 kilometer dari bandar Kangar. Selain dari Rumah Seri Kenangan kompleks ini juga turut menempatkan:

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Negeri Perlis.
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Indera Kasih- merupakan pusat pemulihan bagi kanak-kanak istimewa dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.
Pejabat Persatuan Orang Pekak Negeri Perlis (PERDA).
Pejabat Persatuan Orang Cacat Negeri Perlis.

Ini bermakna semua institusi kebajikan ini ditempatkan dalam satu kompleks seluas 10 ekar yang merupakan satu konsep pertama diperkenalkan di Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Keseluruhan Kompleks Penyayang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Datin Seri Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali (isteri Perdana Menteri Malaysia) pada 12 April 1996.

Manakala Rumah Seri Kenangan Kangar dirasmikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan bin Kasim, Menteri Besar Perlis dan Yang Berhormat Datin Paduka Zaleha bt. Ismail, Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat ketika itu pada 30 September 1997.

Rumah Seri Kenangan Kangar ini merupakan institusi perlindungan bagi wargatua yang ke sembilan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan mula beroperasi pada 16 Ogos, 1997.

RSK ini terdiri daripada :-

Satu blok Pentadbiran
7 blok asrama (3 blok asrama bujang lelaki), (2 blok asrama perempuan) dan 2 blok asrama kelamin
Satu blok dewan besar
Satu blok dewan makan dan dapur
Satu blok bengkel vokasional ringan
Satu blok klinik
Satu blok surau
Satu blok bilik mayat ( Islam & Bukan Islam )
Satu blok Rumah Penguasa
Satu blok Quarters Kakitangan
Satu blok Rumah Rehat/Chalet ( khas untuk kakitangan JKM sahaja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan